PENULISAN

 

CETAK ROMPAK

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Perbahasan
KATA KUNCI
  1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah.
  2. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Definisi
Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.
ISI HURAIAN CONTOH
Sebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara.
  • penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara             terang-terangan
  • karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli
  • sikap atau mentaliti masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagam-pawagam.VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 – RM20.00 sekeping
Kurangnya pemantauan pihak berkuasa
  • pemantauan yang berkala dan di tempat yang sama memudahkan pihak syarikat cetak rompak membaca pergerakan pihak berkuasa dan seterusnya menyusun strategi untuk mengaut keuntungan
  • mereka juga mempunyai sistem rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat melarikan diri dengan cepat apabila berlaku serbuan
pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak
Kesan: Pelanggaran Hak Cipta
  • hak cipta adalah sesuatu yang peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai
dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar.
Membentuk perkembangan seni tanah air
  • pihak penulis, pencipta atau artis hilang minat untuk berkarya kerana mereka takut mengalami kerugian
  • penerbit lebih suka menerbitkan album komplikasi untuk menjimatkan kos dan mengurangkan margin kerugian.
menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman.
Karyawan mengalami kerugian
  • kerugian daripada segi masa, daya usaha dan wang ringgit. Penerbitan sesuatu filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman bank
Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.
Langkah :Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD
  • kajian yang mendalam tentang harga minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar semua pihak mendapat kesan positifnya.
perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri
Anjakan paradigma masyarakat
  • mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras
  • di peringkat sekolah persatuan pengguna boleh memainkan peranan untuk membentuk minda generasi muda tentang isu ini
melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Kesimpulannya Semua pihak perlu terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif
Peribahasa
  • Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat lelah orang lain)
  • Titik peluh (penat lelah)
  • Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan bertambah kaya)

 

 

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

DS FEB – Bimbingan Penulisan

 

HARI KANTIN

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Anda telah dilantik sebagai setiausaha Hari Kantin yang telah diadakan baru-baru ini. Hari Kantin tersebut telah berjalan dengan lancar dan meraih keuntungan yang besar. Tulis laporan lengkap tentang Hari Kantin itu untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Laporan
KATA KUNCI
  1. Saya sebagai Setiausaha Hari Kantin
  2. Program berjalan dengan lancarnya
  3. Sediakan laporan lengkap tentang Hari kantin
LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis Perangkaan
Keuntungan yang diperoleh pada tahun 2007 ialah RM25,000.00 sahaja.Tahun ini, keuntungan mencecah RM 70,000.00.Sebab: banyak aktiviti menarik yang dianjurkan dan juga sumbangan ibu bapa dan tajaan daripada beberapa buah syarikat ternama di sekitar sekolah.
ISI HURAIAN CONTOH
1. Majlis Perasmian Hari Kantin
  • dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh pegawai-pegawai pelajaran, pengetua dan guru besar sekitar dan wakil-wakil syarikat penaja
  • persembahan oleh kumpulan zapin dan pancaragam
– Lagu Ya Salam, Nirmala dan lagu zapin, Telok Sengat.- Pancaragam membuat persembahan formasi dengan rangkaian lagu sekolah, tunggu sekejap, tiga malam dan widuri.
2. Tarikh dan Tempat 27 Februari 2007 Dewan sekolah
3. Aktiviti Hari Kantin    
3.1 Kutipan Derma
  • Para pelajar diberikan kad kutipan derma semasa musim cuti sekolah.
  • Para guru pula ditugaskan untuk memohon derma daripada badan-badan korporat.
  • Mereka akan mengutip derma dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga mereka sahaja.
  • Maslina Enterprise
  • Ever Strong
  • Comtech Sdn. Bhd
  • Bumi Restu
  • Syarikat Indera Hardware
3.2 Jualan Kupon Jamuan Perdana
  • dibuka kepada guru-guru sekolah dalam daerah
  • RM50.00 seorang.
  • 500 keping tiket habis dijual.
  1. 3.3 Cabutan Bertuah
  • diadakan pada malam kemuncak iaitu pada malam Jamuan Perdana di Dewan Sekolah
  • pengunjung bertuah
  • pemungut derma terbanyak kategori pelajar
  • pemungut derma terbanyak kategori guru dan staf sokongan
3.4Pertandingan memasak Terbuka
  • Bahan-bahan mentah disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta dikenakan bayaran RM10.00
  • kategori wanita
  • kategori lelaki
  • berpasangan
3.5 Tangan Emas
  • Peserta dikehendaki menyiapkan sampel jahitan yang disediakan, kraf tangan dan anyaman ketupat.
  • kategori wanita
  • kategori lelaki
3.6 Pakaian Beragam
  • memaparkan pakaian beragam kaum dan suku kaum di Malaysia
  • pakaian paling anggun
  • peserta paling bergaya
3.7 Karaoke Amal
  • Dua orang mantan pengetua sekolah telah menyumbang dua buah lagu setiap seorang. Dua buah lagu telah dibeli oleh YDP PIBG sekolah dengan harga RM2,000.00.
– Lagu Widuri dan Angin Malam yang dipopularkan oleh Mendiang Broery Marantika.- Seiring dan Sejalan serta sebuah lagu dari kumpulan DIIoyd.
4. Penaja dan Bentuk Tajaan
  • daripada syarikat yang berurusan dengan pihak sekolah
  • kontraktor-kontraktor sekitar sekolah
  • pengusaha dewan  makan dan kantin sekolah.

Bentuk Tajaan

  • wang ringgit
  • hamper
  • Maslina Enterprise. RM 1,000.00
  • Ever Strong: RM 1,000.00
  • Hidang Enterprise: sebanyak 30 buah hamper
  • Comtech Sdn. Bhd.: 10 barangan elektrik untuk cabutan bertuah
  • Bumi Restu: RM1,000.00
  • Syarikat Indera Hardware: RM2,000.00
5.Sambutan Pengunjung
  • Sambutan pengunjung di luar jangkaan. Semua aktiviti yang dijalankan pada hari kantin mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramai juga ibu bapa dan pengunjung yang datang.

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Sesungguhnya Aktiviti ini seharusnya dijadikan aktiviti tahunan. Bukan sahaja dapat keuntungan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk pembangunan prasarana sekolah, malah turut merapatkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan sekolah. Semoga kerjasama erat antara ibu, bapa, guru dan sekolah akan terus terjalin demi kebaikan masa depan anak-anak mereka.
Peribahasa
  • Langkah kanan (bernasib baik)
  • Murah hati (tidak kedekut)
  • Halwa telinga (nyanyian untuk hiburan)

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

DS MAC – BIMBINGAN PENULISAN

 

PENCEMARAN BAHASA

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Selaku pegawai bahasa yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Punca Pencemaran Bahasa dan Cara-cara Mengatasinya” kepada setiausaha-setiausaha syarikat pengiklanan. Tulis ceramah anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Ceramah
KATA KUNCI
  1. Saya sebagai pegawai bahasa
    1. Menyampaikan ceramah kepada setiausaha syarikat pengiklanan.
    2. Tentang: punca-punca pencemaran bahasa dan cara-cara mengatasinya.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Fakta
  • Bahasa penting bagi menggambarkan identiti sesebuah negara.
  • Pada masa kini, semakin banyak pencemaran bahasa berlaku dan mencemarkan identiti negara serta dipandang serong oleh negara lain.
ISI HURAIAN CONTOH
Masalah sikap
  • gemar menggunakan bahasa pasar dalam penulisan atau pengiklanan
  • suka menggunakan bahasa singkatan
  • mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam suatu ayat (bahasa rojak)
  • dialog-dialog dalam drama televisyen atau filem
  • juruhebah radio
  • papan iklan
  • bahasa Internet
  • bahasa slanga yang digunakan oleh remaja
Pembangunan sukan di peringkat teras
  • mengena pasti bakat muda yang boleh diketengahkan supaya dapat ditingkatkan bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya
  • kejohanan sukan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
Tiada kesedaran untuk memelihara keindahan bahasa ibunda
  • tidak ada pihak atau badan khas yang bertanggungjawab menjaga dan menegur kesalahan bahasa khasnya dalam media massa, media elektronik, jika ada pun hanya teguran dalam bentuk rencana tetapi tiada tindakan susulan
  • ada majalah yang mengkhusus dalam memberi tunjuk ajar dan teguran tetapi tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat atau badan-badan korporat. Hanya segelintir pelajar yang menggunakannya, itu pun untuk tujuan peperiksaan sahaja
  • tiada tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada syarikat perniagaan atau pengiklanan yang melakukan pencemaran bahasa dalam papan iklan mereka
  • majalah Dewan Siswa, Pelita Bahasa
  • Tatabahasa Dewan
Terlalu banyak bahasa asing yang diserapkan ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu
  • kita banyak mengubahsuaikan perkataan asing dan diguna pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu kita, akibatnya terdapat golongan yang mengambil mudah dengan mencampuradukkan perkataan Melayu dan Inggeris dalam ayat
  • keadaan ini menyebabkan hilangnya keaslian bahasa Melayu. Sesetengah pihak beranggapan keadaan itu perlu kerana bahasa itu bersifat dinamik. “Tepuk dada tanya selera”
  • impact – impak
  • resolution – resolusi
  • implication – Implikasi
  • situation – situasi
  • phenomenon – fenomena
  • budget – bajet (dulunya belanjawan)
Kempen mengamalkan bahasa Melayu
  • diadakan di peringkat sekolah, jabatan, syarikat swasta/ kerajaan dan juga badan-badan korporat
  • semua pihak perlu terlibat dalam kempen cintai bahasa kita, atau kempen menggunakan bahasa Melayu dengan betul
  • di peringkat sekolah : adakan minggu bahasa
  • di peringkat jabatan atau badan korporat : kempen bertutur bahasa Melayu yang betul
  • sektor-sektor swasta hendaklah mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris
Persepakatan cendekiawan bahasa Melayu
  • mewujudkan kerjasama untuk mencipta perkataan baru bagi menggantikan perkataan bahasa Inggeris yang sekian lama digunakan
  • memastikan dan memantapkan sistem ejaan dalam bahasa Melayu supaya tidak mengelirukan pengguna-pengguna bahasa Melayu.
  • Road Show tukar kepada Jerayawara

Penutup :

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Kesimpulannya Penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam komunikasi seharian perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia – bahasa jiwa  bangsa- bahasa melambangkan bangsa.- rosak bahasa rosaklah identiti negara Semua pihak perlu peka dan melaksanakan tanggungjawab mereka demi memastikan maruah bahasa kita tidak tercemar atau semakin hilang identitinya.
Peribahasa
  • Tepuk dada tanya selera
  • Bahasa menunjukkan bangsa

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS APRIL – BIMBINGAN PENULISAN

 

AHLI SUKAN BERWIBAWA

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Sebuah syarikat pembuatan barangan sukan telah menganjurkan pertandingan menulis esei sempena Sambutan Minggu Sukan Negara. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4,5, dan 6 di seluruh negara. Tajuk yang ditetapkan ialah “Ke Arah Melahirkan Ahli Sukan yang Berwibawa”.Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Esei
KATA KUNCI
  1. Sambutan Minggu Sukan Negara
  1. Tajuk “Ke Arah Melahirkan Ahli Sukan Yang Berwibawa”
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis: Sejarah
  • Badan sihat, otak cergas adalah slogan yang dapat membangkitkan semangat kesukanan.
  • Sejarah sukan Olimpik Athen 1896 adalah asas kepada perkembangan sukan negara.
  • Kejohanan sukan yang diadakan telah dapat melahirkan ramai ahli sukan yang dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
ISI HURAIAN CONTOH
Pendidikan Sains Sukan perlu diperluaskan pembelajarannya di sekolah bagi mencungkil bakat muda
  • menerapkan teknik dan strategi permainan sesuatu jenis sukan dalam Pendidikan Jasmani supaya pelajar mahir dari segi teori dan praktikalnya.
  • melalui subjek ini pelajar juga akan diberi maklumat tentang diet dan latihan yang diperlukan untuk menjadi seorang atlit yang berjaya
  • memperkenalkan program “Satu Sekolah Satu Juara”
  • penambahbaikan terhadap kemudahan dan latihan yang diterima oleh atlit yang bersekolah di sekolah sukan di Malaysia (Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar)
  • Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Bukit Jalil mengadakan program sekolah angkat supaya mereka dapat mengembangkan ilmu mereka ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Pembangunan sukan di peringkat teras
  • mengenal pasti bakat muda yang boleh diketengahkan supaya dapat ditingkatkan bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya
  • kejohanan sukan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
Kemudahan infrastruktur yang lengkap
  • menaik taraf kemudahan sukan di stadium-stadium yang ada supaya setaraf dengan keperluan semasa
  • setiap negeri di Malaysia mestilah mempunyai kemudahan stadium sukan yang lengkap, bermutu dan diselenggarakan dengan baik
Ganjaran kepada atlit yang mengharumkan nama negara.
  • dapat menaikkan semangat atlit yang cemerlang dan mengekalkan kecemerlangan tersebut
  • Nicol Ann David yang telah diberi pelbagai ganjaran oleh pihak kerajaan kerana kejayaannya menjadi pemain Skuasy Nombor 1 dunia. Beliau juga merupakan wanita Asia pertama yang berjaya menyandang gelaran tersebut
Ketahanan Mental
  • atlit yang berwibawa seharusnya mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Mereka seharusnya dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran yang berbeza-beza terutamanya ketika menyertai kejohanan di luar negara
  • memiliki disiplin diri yang tinggi dan konsisten
  • sejarah sukan telah membuktikan ramai atlit Malaysia mampu mencipta kejutan tetapi gagal mengekalkan kecemerlangan mereka kerana leka dan khayal dengan ganjaran yang mereka terima semasa mencipta kegemilangan. (badminton, balapan)
Semangat patriotisme
  • tugas utama ialah menjaga nama baik negara
  • dengan semangat patriotisme mereka akan berusaha bersungguh-sungguh
  • meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan
  • diberikan motivasi tentang matlamat mereka terlibat dengan sesuatu kejohanan

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Sesungguhnya untuk melahirkan ahli sukan yang berwibawa dan cemerlang perlulah bermula di peringkat sekolah rendah lagi supaya dapat melahirkan atlit yang dapat mengharumkan nama negara Atlit perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara dengan mengekalkan kecemerlangan dalam sukan yang mereka ceburi
Peribahasa
  • Ayam tambatan (orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan)
  • Buat duit (berikhtiar untuk mendapatkan keuntungan/ duit)
  • Biar putih tulang jangan putih mata (sanggup mati daripada menyerah kalah)

 

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

DS MEI – BIMBINGAN PENULISAN

 

PENYAIR TERSOHOR

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Sebagai wartawan sebuah akhbar terkemuka, anda telah ditugaskan untuk mewawancara seorang penyair tanah air yang terkenal tentang masa depan penyair di negara ini. Tulis wawancara itu selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Wawancara
KATA KUNCI
  • Saya sebagai seorang wartawan.
  • Wawancara dengan seorang penyair tanah air yang terkenal.
  • Tentang: latar belakang kejayaan, kerjaya, pandangan masa depan penyair tersebut.
LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis Sejarah
  • Memperkenalkan diri dan tujuan temu ramah.
  • Terdapat lebih 800 orang penyair di Malaysia pada tahun 2006.
  • Dijangka meningkat kepada 1000 orang pada tahun 2009.
ISI HURAIAN CONTOH
Pendidikan awal dan pendidikan tertinggi
  • Tokohnya: A. Samad Said atau Abdul Samad Bin Muhamed Said.
  • Dilahirkan pada 9 April, 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Melaka.
  • Pendidikan awal di Singapura. 1956, beliau lulus Senior Cambridge dari Victoria Institution.
 
Sejarah penglibatan dalam dunia sastera
  • Mula bekerja sebagai wartawan akhbar
  • Berminat membaca buku dan novel karya Enid Blyton sejak di bangku sekolah
  • Lahir dalam zaman perang dan karyanya juga banyak berkisar pada kesan peperangan
  • Digambarkan dalam novel Di Hadapan Pulau
Karya-karya yang dihasilkan Genre: Novel

  • Cerpen pertama yang tersiar di akhbar
  • Antologi Sajak
  • Salina, Mengalir Lesu, dan Lantai T. Pinkie
  • Hari Ini Hari Gembira
  • antologi Puisi Al-Amin (1999)
Anugerah diterima sepanjang penglibatan Pejuang sastera 1976, Penerima SEA Write Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1989) dan Anugerah ASEAN (1989)  
Harapan dan masa depan penyair di Malaysia
  • Membuka kelas asas penulisan kepada generasi muda yang berminat
  • Semoga karya sastera mendapat tempat sewajarnya di hati rakyat Malaysia
  • Karyawan mendapat peruntukkan untuk menerbitkan karya
  • Keistimewaan dan kemudahan seperti yang dinikmati oleh golongan artis
  • Pasaran yang lebih luas
  • Kelas teknik penulisan cerpen, novel atau sajak
  • Untuk generasi muda
  • Kerajaan memasukkan peruntukkan dalam belanjawan negara
  • Kemudahan membuat jerayawara

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Sesungguhnya Karya sastera kaya dengan nilai-nilai murni yang mampu membentuk generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Setiap karya mengandungi nilai budaya, adat, agama, pegangan hidup yang boleh dicontohi atau dijadikan teladan. – Langkah kerajaan memasukkan karya sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu adalah satu langkah yang tepat dan wajar diteruskan supaya martabat sastera dan sasterawan terus dijulang.
Peribahasa
  • Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
  • Bagaimana gendang, begitulah tarinya.

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

DS JUN – BIMBINGAN PENULISAN

PENDUKUNG MUZIK TANAH AIR

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Para pendukung muzik tanah air perlu melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membangunkan minda, jiwa dan cara hidup dalam kalangan remaja. Bincangkan.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Perbincangan
KATA KUNCI
  1. Para pendukung muzik tanah air
  2. Tanggungjawab untuk membangunkan minda, jiwa dan cara hidup dalam kalangan remaja.
  3. Perbincangan
LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis: Pendapat Umum
  • Kebanyakan ulama menetapkan secara umum bahawa muzik dan nyanyian diharuskan dengan dua syarat iaitu tidak melalaikan dan menyesatkan.
  • Para pendukung muzik tanah air perlu bijak memilih muzik yang sesuai untuk membangunkan minda, jiwa dan cara hidup dalam kalangan remaja.
ISI HURAIAN CONTOH
Karyawan muzik hendaklah menghasilkan karya yang berunsur nasihat dan dapat membina keperibadian yang baik dalam kalangan remaja.
  • muzik yang berunsur nasihat dan pengajaran boleh menyedarkan remaja tentang kebaikan atau keburukan sesuatu perkara
  • remaja juga dapat memupuk peribadi yang baik melalui lagu yang didengarnya
  • lagu-lagu nasyid yang mengandungi unsur-unsur dakwah yang boleh mengingatkan manusia tentang tanggungjawabnya di muka bumi ini
Penggiat muzik perlu menampilkan imej yang baik yang boleh dicontohi oleh golongan remaja
  • para remaja suka meniru gaya artis tertentu yang menjadi pujaan mereka
  • penampilan artis mestilah berteraskan agama Islam dan budaya masyarakat Timur
  • dari segi pakaian, solekan, cara pergaulan dan cara percakapan, bentuk persembahan dan lirik lagu
Genre muzik yang sesuai dengan jiwa dan budaya Malaysia
  • muzik yang berunsur negatif dan ganas haruslah disingkirkan dan muzik berunsur positif diserapkan di dalam jiwa remaja
  • muzik aliran Heavy Metal, Rap, Hip-hop, Trash hendaklah diharamkan kerana boleh merosakkan akidah dan akhlak remaja
Menetapkan satu garis panduan sebagai ukuran piawaian jenis atau genre muzik yang boleh disiarkan di televisyen atau diperdengarkan di radio.
  • memastikan hanya muzik yang dapat membina jiwa, minda dan akhlak remaja sahaja yang dibenarkan
  • penulis dan pencipta lagu juga seharusnya memainkan peranan ke arah pembentukan peribadi dan sahsiah remaja
  • lagu-lagu berirama Malaysia, lagu asli yang kaya dengan unsur-unsur seninya
Harapan dan masa depan penyair di Malaysia
  • memuka kelas asa penulisan kepada generasi muda yang berminat
  • semoga karya sastera mendapat tempat sewajarnya di hati rakyat Malaysia
  • karyawan mendapat peruntukkan untuk menerbitkan karya
  • keistemewaan dan kemudahan seperti yang dinikmati oleh golongan artis
  • pasaran yang lebih luas
  • kelas teknik penulisan cerpen, novel atau sajak
  • untuk generasi muda
  • kerajaan memasukkan peruntukkan dalam belanjawan negara
  • kemudahan membuat jerayawara

 

 

 

 

 

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Oleh itu Pendukung industri muzik tanah air seperti karyawan, penggiat seni dan artis perlu memastikan karya mereka dapat membangunkan minda, jiwa dan cara hidup remaja. Remaja mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Oleh itu, adalah penting remaja dihidangkan dengan unsur-unsur yang positif. Semua pihak diharap dapat berganding bahu dalam membangunkan minda, jiwa dan cara  hidup remaja kepada yang lebih positif melalui muzik.
Peribahasa
  • Kusut di hujung balik ke pangkal (apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya)
  • Yang baik dipakai, yang buruk dibuang (memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana.

Penulis, Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

DS JULAI – BIMBINGAN PENULISAN

PENERBITAN ANTOLOGI CERPEN

 

oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Sekolah anda telah menerbitkan sebuah antologi cerpen hasil karya pelajar. Anda ingin menghebahkan kejayaan tersebut di dalam akhbar tempatan.Tulis berita tersebut selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Berita
KATA KUNCI
  1. Sekolah yang menerbitkan sebuah antologi cerpen hasil karya pelajar.
  2. Saya ingin menghebahkan kejayaan tersebut.
  3. Dalam akhbar harian.
LANGKAH 2 Merangka karangan
PENDAHULUAN Jenis: Peribahasa
  • Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
  • Gambaran jelas menunjukkan pelajar sekolah saya bersungguh-sungguh menghasilkan cerpen.
  • Berjaya menerbitkan sebuah antologi yang menjadi kebanggaan warga sekolah.
ISI HURAIAN CONTOH
Tujuan program
  • Mencungkil kreativiti pelajar dalam bentuk penulisan kreatif.
  • Mengasah bakat terpendam.
  • Melahirkan pelajar yang boleh menyampaikan mesej atau amanat dalam bentuk cerita.
  • Teknologi nano.
  • Teknologi angkasa  lepas.
  • Teori-teori fizik.
Sasaran
  • Pelajar tingkatan lima seramai 132 orang.
  • Mereka telah diberikan kursus asas penulisan cerpen oleh Pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya.
  • Daripada jumlah tersebut hanya 18 buah cerpen yang terpilih dan akan diedit oleh panel yang dilantik sebelum dijadikan antologi.
  • 65 pelajar lelaki dan 67 orang pelajar perempuan.
  • Hanya 18 cerpen terbaik sahaja yang akan dipilih dan dibukukan di bawah jadual “BIQUEST LEGASI”.
Jenis cerpen yang dihasilkan
  • Cerpen fiksyen sains, yang berkisar tentang kemajuan sains teknologi.
  • Angkasa lepas.
  • Baik buruknya teknologi sains.
  • Kesan teknologi sains.
  • Perkembangan terkini teknologi sains.
Perasmian Dibuat secara besar-besaran di dewan sekolah saya:

  • dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.
  • para penulis akan diberikan sijil penghargaan dan hadiah iringan dalam majlis tersebut.

Turut hadir:

  • Pegawai Jabatan Pelajaran Johor
  • Pegawai Pelajaran Daerah
  • Pengurus Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Wakil TV 3
  • Wakil Akhbar Berita Harian dan News Straits Times
  • Pengetua dan Guru Besar daerah

Persembahan:

  • Tarian zapin sekolah: Johan Negeri
  • Lagu-lagu berirama Malaysia, lagu asli yang kaya dengan unsur-unsur seninya
Harapan
  • Semoga aktiviti seperti ini akan dapat meniup semangat pelajar lain untuk turut mencuba bakat mereka dalam bidang penulisan.
  • Pihak sekolah juga bercadang untuk menerbitkan novel hasil tulisan pelajar pada tahun-tahun akan datang.
  • Pengetua juga berharap, pihak sekolah di bawah Ketua Bidang Bahasa dapat menggalakkan pelajar supaya menghasilkan antologi sajak pula.
  • Semoga aktiviti ini dapat dijadikan aktiviti tahunan sekolah.
 

PENUTUP:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Oleh itu Menerusi program ini, kemahiran pelajar dalam menulis cerpen akan dapat ditingkatkan, di samping dapat mengisi masa lapang pelajar. Pelajar dapat mengoptimumkan penggunaan masa senggang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.– Kemahiran pelajar juga akan meningkat kerana dapat menerokai perkataan baharu serta teknik-teknik menghasilkan cerpen fiksyen sains yang boleh dibanggakan. Pada masa hadapan, program sebegini menjadi satu program yang wajib disertai oleh semua pelajar untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat baharu yang dapat menjadi kebanggaan sekolah dan seterusnya dapat memartabatkan sastera negara.
Peribahasa
  • Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
  • Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
  • Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.

DS OGOS – BIMBINGAN PENULISAN

 

PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa di negara kita banyak membawa keuntungan dari aspek ekonomi negara. Bahaskan tajuk ini.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Perbincangan/Bahaskan
KATA KUNCI
  1. Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa di negara kita.
  2. Banyak membawa keuntungan dari aspek ekonomi negara.
LANGKAH 2 Merangka Karangan

wwwwwwwww

Pendahuluan Jenis: Sejarah
  • Negara kita telah banyak menganjurkan  sukan di peringkat antarabangsa.
  • Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan perlumbaan Formula 1 di Litar Sepang setiap tahun.
  • Penganjuran sukan peringkat antarabangsa banyak membawa keuntungan dari aspek ekonomi dan sosial kepada negara.
ISI HURAIAN CONTOH
Sektor Pengeluaran
  • Banyak pengeluar atau peniaga kecil-kecilan akan terlibat dengan pengeluaran barangan eksklusif yang bertemakan sesuatu acara sukan.
  • Industri desa dan kraf tangan dapat berkembang dan dijual kepada pelancong asing atau para atlet yang terlibat dengan sukan tersebut.
  • Topi, baju, rantai kunci, anak patung, payung, gelas dan bermacam-macam cenderamata yang berkaitan dengan sukan.
  • Industri batik, makanan ringan berdasarkan bahan tempatan seperti kerepek.
Perkembangan Sektor Perhotelan
  • Pegawai sukan, pelancong atau peminat sukan dari luar negara akan menginap di hotel-hotel yang berhampiran dan seterusnya memperluaskan pasaran hotel tersebut ke peringkat antarabangsa.
  • Hotel-hotel kecil dan sederhana di kawasan berhampiran dengan penganjuran sukan akan dapat banyak manfaat.
Peluang Pekerjaan Perniagaan
  • Mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan atau perniagaan walaupun bersifat berkala.
  • Perniagaan makanan, minuman, pengangkutan awam seperti teksi dan bas, pemandu pelancong.
Aliran Masuk Wang Asing
  • Para atlet dan pelancong asing yang datang menyaksikan kejohanan tersebut, urusan tersebut sudah tentunya akan melibatkan penggunaan wang asing.
  • Urusan penginapan, makanan dan minuman, keperluan aksesori, hiburan, pengangkutan awam dan berbagai-bagai urusan.
Mengiklankan Malaysia kepada Negara Luar
  • Pelancong dan para atlet dari luar negara merupakan duta kecil kepada negara mereka, mereka akan mempromosikan Malaysia dalam kalangan keluarga dan sahabat handai mereka.
  • Tentang keindahan Malaysia.
  • Pusat pelancongan yang menarik
  • Rangkaian sistem jalan raya.
  • Budaya Malaysia yang unik: pelbagai kaum hidup bersatu padu.
  • Pembangunan pesat di Malaysia.

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Sesungguhnya Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa membawa banyak keuntungan kepada ekonomi negara kita. Banyak peluang keemasan yang terbuka untuk meningkatkan ekonomi negara. Lebih banyak sukan di peringkat antarabangsa di negara kita dan rakyat seharusnya menggunakan peluang tersebut secara maksimum.
Peribahasa
  • Sambil menyelam minum air (membuat dua pekerjaan dalam satu masa).
  • Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan (menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hari kerana nasihat atau pertolongan orang lain).
  • Langkah kanan (bernasib baik).

DS SEPTEMBER – BIMBINGAN PENULISAN

KEISTIMEWAAN KOMSAS

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Sahabat pena anda di luar negara begitu berminat dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerapkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM). Sehubungan dengan itu, sahabat pena anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut keistimewaan salah sebuah novel yang anda baca itu. Jawab surat rakan anda itu selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT Surat Tidak Rasmi
KATA KUNCI
  1. Kepada sahabat pena di luar negara.
    1. Dia berminat dengan KPM menerapkan KOMSAS dalam BM.
      1. Keistimewaan salah satu novel yang saya kaji.
      2. Balas surat rakan saya selengkapnya.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis: Surat Tidak Rasmi
  • Alamat pengirim.
  • Tarikh surat ditulis.
  • Kata alu-aluan.
  • Bertanya khabar.
  • Terima kasih kepada rakan kerana sudi mengutus surat yang lalu.
ISI HURAIAN CONTOH
Tujuan KOMSAS dan pengenalan novel yang dikaji.
  • KOMSAS menjadi usaha untuk menyemai minat pelajar mengenali, menghayati seterusnya memelihara hasil sastera sama ada sastera moden atau tradisional.
  • Peringkat SPM, ada dua novel yang dikaji untuk setiap zon.
  • Puisi Moden: Sajak.
  • Puisi Tradisional: Pantun/Gurindam/Syair/Seloka.
  • Cerpen: 12 cerpen.
  • Novel: “Di hadapan Pulau” Karya A. Samad Said.
Keistimewaan 1:Berlatar zaman peperangan
  • Selami penderitaan sebenar mangsa peperangan yang dizalimi oleh pihak penjajah.
  • Masalah kurang makanan, penyakit, gejala sosial.
  • Aziz; watak utama yang yatim piatu
  • Kekejaman tentera Jepun: buruh paksa dan pelacuran.
Keistimewaan 2:Menyemai Semangat patriotisme
  • Pembaca sedar kepentingan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah.
  • Penjajah hanya mementingkan diri dan menimbulkan pelbagai kesengsaraan.
Keistimewaan 3:Menghargai erti kemerdekaan
  • Pembaca akan sedar bahawa penjajahan hanya akan mengundang pelbagai masalah dan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.
  • Menyedari bahawa nikmat kemerdekaan itu tiada tolok bandingnya dan perlu dipertahankan.
  • Masalah pengangguran, masalah pelacuran, buruh paksa dan hamba seks.
  • Wujud konsep ‘neokolonialisme’.
Keistimewaan 4:Memupuk nilai murni di hati pembaca
  • Hidup perlu diteruskan dengan berusaha bersungguh- sungguh walaupun dipenuhi dengan pelbagai rintangan.
  • Aziz yang berusia 12 tahun (yatim piatu) begitu cekal dan berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai pekerjaan hanya semata-mata untuk meneruskan hidup.
 
Keistimewaan 5:Persoalan kemanusiaan dan kekeluargaan
  • Masalah pencabulan hak wanita oleh askar-askar Jepun.
  • Buruh paksa.
  • Pendidikan anak-anak yang terabai.
  • Rumah tangga yang porak-peranda.
  • Masalah sosial.
  • Rosiah dan Taksiah yang pernah ditawan tentera Jepun dijadikan alat pemuas nafsu.
  • Kaum lelaki ditangkap dan dipaksa bekerja untuk pihak Jepun. Mereka dibunuh jika ingkar.
  • Aziz dan Afidah yang sepatutnya berada di bangku sekolah kini hidup merempat.
  • Masalah Budin yang kaki botol dan judi mengabaikan rumah tangga, isterinya Joyah.
  • Penyakit kian merebak kerana kekurangan makanan dan zat.
 

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Sesungguhnya Penerapan KOMSAS dalam pengajaran BM amat bermanfaat terutamanya kepada generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Sarat dengan maklumat sejarah yang amat berguna untuk tatapan generasi muda.Banyak pengajaran yang boleh dipelajari agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.Menanamkan semangat cinta akan tanah air dan menghargai erti kemerdekaan

Seterusnya berusaha mengekalkan kemerdekaan tersebut.

Semoga kita benar-benar mengambil iktibar peristiwa yang telah menjadi sejarah.Sesungguhnya kita pernah dijajah lebih empat kurun oleh penjajahMenghargai kebebasan adalah amat penting.
Peribahasa
  • Takkan pisang berbuah dua kali.
  • Sudah terhantuk baru tengadah.
  • Membujur lalu melintang patah.

DS OKTOBER – BIMBINGAN PENULISAN

MELENTUR BULUH

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Sejauh manakah peribahasa “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya” dapat dipraktikkan dalam usaha membendung masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini. Tulis rencana anda selengkapnya untuk disiarkan dalam akhbar terkemuka.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Rencana
KATA KUNCI
  1. Tulis rencana
  2. Berdasarkan peribahasa “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”.
  3. Membendung masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini.
LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis: Definisi
  • Maksud peribahasa: Jika ingin mengubah sesuatu, hendaklah dari peringkat awal lagi; peringkat yang mudah dibentuk.
  • Perlu mula diusahakan sejak mereka masih kanak-kanak lagi, agar menjadi remaja yang bermoral.
ISI HURAIAN CONTOH
Pendidikan anak bermula semasa dalam kandungan lagi
  • Sejak mula melangkah ke alam perkahwinan ibu bapa seharusnya berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat yang baik, anak yang soleh dan solehah.
  • Apabila mengandung: ibu bapa seharusnya banyak membaca al-Quran untuk santapan anak yang berada di alam rahim.
  • Mengamalkan doa-doa yang menjadi sunnah nabi.
  • Baca surah Yunus untuk mendapatkan anak yang cantik atau tidak cacat, surah Luqman untuk mendapatkan anak yang bijak atau baik budi pekerti.
Ibu bapa kunci utama pembentukan akhlak anak-anak.
  • Kali pertama anak melihat dunia disunatkan azan di telinga kananya dan diiqamatkan di telinga kirinya, tujuannya supaya anak-anak mendengar kalimah Allah terlebih dahulu sebelum mendengar kalimat-kalimah kebesaran dunia.
  • Pada peringkat kanak-kanak, mereka harus didedahkan dengan nilai-nilai kesopanan secara berperingkat-peringkat.
  • Ibu bapa harus meluangkan masa untuk mendidik anak-anak mereka, jangan biarkan anak membesar di bawah pengawasan pengasuh seratus peratus.
  • Didedahkan dengan perkara yang baik.
  • Diajar menghormati orang yang lebih tua.
  • Ibu bapa sendiri seharusnya menunjukkan contoh yang baik; jangan bercakap menggunakan bahasa yang kasar.
Pendidikan Sivik dan Kenegaraan di sekolah
  • Peringkat ini pihak sekolah termasuk guru, dan warden bertanggungjawab untuk membentuk murid-murid supaya menghargai harta awam atau hak orang lain.
  • Menganjurkan aktiviti minggu kesedaran sivik atau menjaga harta sekolah
  • Memberikan penghargaan kepada kelas yang dapat menjaga dengan baik kemudahan dalam kelas yang disediakan oleh pihak kerajaan
Perhatian yang lebih daripada ibu bapa terutama pada peringkat remaja
  • Di peringkat remaja pula, ibu bapa haruslah menjadi kawan kepada anak-anak mereka, pada masa ini, mereka dalam usaha membina identiti dan mencari rakan untuk dijadikan idola, kekerasan hanya akan menjadikan mereka semakin liar dan renggang dengan ibu bapa.
  • Berbual dan cuba memahami masalah mereka, seterusnya beri cadangan untuk mengatasi masalah mereka.
  • Masalah pengangguran, masalah pelacuran, buruh paksa dan hamba seks.
  • Wujud konsep ‘neokolonialisme’.

Penutup:

PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPAN
Jelaslah Pembentukan sahsiah remaja bermula dari kecil dan ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam hal ini. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak mereka kerana anak adalah ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi atau Nasrani. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah dibentuk dan mudah dipengaruhi oleh orang yang rapat dengan mereka. Masalah sosial dapat dikurangkan dengan adanya kerjasama erat ibu bapa yang mendidik dan membimbing mereka sejak kecil lagi.
Peribahasa
  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  • Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
  • Menatang minyak yang penuh.

DS NOVEMBER– BIMBINGAN PENULISAN

PENDERAAN KANAK-KANAK

 

oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

SOALAN Penderaan kanak-kanak terus berlaku di negara ini kerana sifat masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri. Tulis ulasan anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT Pendapat
KATA KUNCI
  1. Penderaan kanak-kanak terus berlaku di Malaysia.
  2. Tulis ulasan: Masyarakat lebih mementingkan diri sendiri.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis: Definisi
  • Penderaan kanak-kanak ialah perbuatan memukul, menghukum, menyakitkan hati atau perbuatan yang dapat mendatangkan kecederaan fizikal.
  • Jenis penderaan: memukul, merotan dan mencucuh badan dengan puntung rokok yang menyebabkan kecederaan fizikal.
  • Penderaan seksual seperti, rogol, liwat dan mencabul kehormatan.

ISI

HURAIAN

CONTOH

Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat.
  • Masyarakat atau jiran tidak mengambil berat jika berlaku penderaan di kawasan sekitar mereka kerana tidak mahu “menjaga tepi kain orang”.
  • Tidak melaporkan kepada pihak berwajib jika berlaku penderaan di kawasan kediaman mereka.
 
Ibu bapa menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Kos hidup yang kian meningkat menyebabkan perbelanjaan terhadap keperluan anak meningkat, mereka menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Anak dipukul, dirotan jika menimbulkan karenah.
 
Ibu bapa terlalu mengejar kemewahan atau bersikap materialistik.
  • Ibu bapa yang bekerja tidak mengambi berat tentang kebajikan anak dan soal penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh.
  • Ibu bapa menganggap bahawa dengan memberikan kesenangan dalam bentuk kebendaan sudah mencukupi.
  • Penderaan yang dilakukan oleh pihak pengasuh terhadap kanak-kanak.
  • Apabila anak memerlukan perhatian atau kasih sayang, mereka menjadi sasaran melepaskan geram oleh ibu bapa mereka.
 
Emosi ibu bapa yang tidak stabil.
  • Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja atau tekanan kerja yang melampau akan mudah hilang kawalan apabila berhadapan dengan karenah anak.
  • Anak dipukul dan didera.
 
Ibu bapa yang bermasalah dari segi mental. ■Ibu bapa yang pernah didera semasa kecilnya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendera anak mereka.
  • Ibu pernah dirogol semasa kecil oleh bapa atau saudara yang terdekat.

Penutup:

PENANDA WACANA

PENYATAAN

SEBAB

HARAPAN

Kesimpulannya Kejadian penderaan dalam kalangan kanak-kanak kini semakin serius dan melibatkan ibu bapa sendiri atau saudara terdekat. Mereka terlalu mementingkan diri dan kerjaya, namun terdapat juga kes yang berlaku kerana si pendera itu sendiri pernah didera dan mengalami trauma yang teruk. Kempen yang berterusan amatlah perlu untuk menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab terhadap anak mereka. Kesedaran masyarakat atau jiran juga perlu ditingkatkan supaya mereka dapat melaporkan kejadian penderaan sebelum menjadi lebih serius.
Peribahasa
  • Menjaga tepi kain orang
  • Isi perut
  • Bagai dihiris dengan sembilu
  • Jangan dibiarkan sampai naik ke mata

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS DIS – BIMBINGAN PENULISAN

TELEFON BIMBIT

oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

Tulis sebuah karangan berdasarkan rangka karangan lengkap yang diberi. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

SOALAN:Telefon bimbit menjadi keperluan kepada manusia untuk berkomunikasi dengan orang lain tanpa mengambil kira faktor pemisah ruang dan waktu.Tulis sebuah rencana tentang kebaikan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat Malaysia.
LANGKAH 1: Menganalisis Soalan
FORMAT Rencana.
KATA KUNCI
  • Tulis rencana.
  • Kebaikan penggunaan telefon bimbit.
  • Kepada masyarakat Malaysia.

Rangka Karangan:

PENDAHULUAN Jenis : Definisi
  • Menggunakan teknologi yang canggih.
  • Telefon bimbit menyediakan kemudahan seperti menyimpan maklumat komunikasi, membuat senarai tugas, menyemak temu janji, membuat kira-mengira, menghantar dan menerima e-mel, mendapatkan maklumat dari Internet, menghantar SMS dan MMS, kemudahan berkomunikasi dan dijadikan alat pembantu peribadi digital (PDA).

ISI

HURAIAN

CONTOH

Telefon bimbit sudah menjadi barang keperluan yang mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Harganya murah dan kosnya munasabah.
  • mudah digunakan.
  • Bermanfaat.
  • Menghiburkan.
  • Memudahkan aktiviti harian seperti temu janji, menghantar dan menerima SMS dan MMS.
Peribahasa:Alah membeli menang memakai.
Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
  • Tidak perlu berbaris panjang di pondok telefon awam.
  • Dapat berhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana.
  • Tidak terlalu  membebankan.
  • Dapat berjimat dengan menggunakan SMS dan MMS.
  • Pihak pengendali ringkasan kerap membuat tawaran panggilan yang menjimatkan.
Simpulan bahasa:Masa itu emas.
Mudah mendapatkan maklumat.
  • Mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat baharu.
  • Mengesahkan sesuatu maklumat.
  • Merujuk kepada rakan  sekuliah, pensyarah, keluarga dan sebagainya.
Peribahasa:Sudah terang lagi bersuluh
Memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak.
  • Memastikan keselamatan anak-anak.
  • Memantau pergerakan anak sama ada ketika di pusat tuisyen, di padang dan sebagainya.
  • Di Singapura, golongan ibu bapa membelikan telefon bimbit untuk anak mereka di sekolah menengah bagi tujuan keselamatan.
 
PENUTUP

Penanda Wacana

Pernyataan

Sebab

Harapan

Sesungguhnya Penggunaan telefon bimbit banyak memberikan manfaat kepada pengguna jika digunakan secara berhemat. Penggunaan telefon bimbit kian menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kerana kepelbagaian fungsinya. Diharap penggunaan telefon bimbit diperluas lagi fungsinya dan masyarakat tidak menyalahgunakannya.

Tinggalkan komen