BM SANA SINI

TARIKH:  6 – 8 MEI 2009

TEMPAT:  HOTEL FEDERAL

ACARA: MESYUARAT PANEL PAKAR PERUNDING MATA PELAJARAN KALI PERTAMA

Lima orang AJK Tertinggi Panel Pakar Perunding Bahasa Melayu iaitu Datin Hjh. Mariam Mehad, Encik Azizul Rahman bin Abd. Rahman, Tn. Hj. Rizuan b. Atan, Pn. Zanariah bt. Abdol dan Tn. Hj. Nawi b. Ismail telah menghadiri mesyuarat pertama ini. Antara agendanya ialah pembinaan laman blog mata pelajaran, penulisan buku ilmiah/separa ilmiah dan perancangan program PPP mengikut mata pelajaran. 

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pn. Hajah Siti Zainon, Pn. Hjh. Siti Salbiah dan dua orang penolong pengarah dari Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti.

 PANEL PAKAR PERUNDING MATA PELAJARAN

Tinggalkan komen