Gramatis

Wacana Bahasa

Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang, menjadikan bahasa sebahagian daripada keperluan itu.  Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan perkembangan negara.  Negara maju seperti Jepun, Korea, Taiwan, Jerman, dan Perancis tanpa resah dengan bahasa Inggeris terus membangun dan memajukan negara mereka dengan menggunakan bahasa sendiri, termasuk ke arah kemajuan teknologi dan perindustriannya.

Mereka mungkin mempelajari bahasa lain, termasuklah bahasa Inggeris tetapi dirancang mengikut keperluan.  Keadaan inilah yang terjadi di China sekarang dalam era kebangkitannya yang sedang menyaingi pengaruh politik dan kuasa ekonomi Amerika secara senyap.  Kita pula seolah-olah tidak berupaya melangkah seiring dengan mereka.  Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa kepustakaan serta bahasa ilmu pengetahuan.  Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.

(Datuk A.Aziz Deraman, Klik DBP, Berita Harian, 17 September 2008)

Oleh : Rizuan Atan

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: