MAJALAH DALAM KELAS

DS JAN – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

MEMANFAATKAN DEWAN SISWA

DARI KULIT KE KULIT

 

Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

 

Tahniah kerana anda memiliki majalah Dewan Siswa (DS) untuk dibaca. Tentu banyak maklumat, pengajaran dan ilmu yang anda peroleh. Sebenarnya, kandungan majalah DS juga sesuai dijadikan bahan rujukan dan bahan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.

          Berikut dikemukakan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dengan setiap kandungan majalah DS, khasnya dalam proses pengajaran dan pemelajaran bahasa Malaysia.

 

Contoh:

                   Media: Dewan Siswa, Oktober 2007

 

Halaman

Ruangan

Aktiviti

0 -1

Rakaman Pengembara
  • Surat tidak rasmi
  • Karangan jenis pengalaman

 

3

Perlembagaan
  • Karangan jenis fakta
  • Meringkaskan karangan
  • Rumusan
  • Pemahaman

 

5

Surat Anda
  • Menulis pendapat/cadangan

 

6-7

Sekolahku Akarku
  • Karangan jenis laporan
  • Surat tidak rasmi

 

8

Bimbingan Penulisan
  • Menulis karangan mengikut soalan yang dikemukakan

 

9

Gaya Remaja Kini
  • Perbincangan/Lisan

 

10 – 11

Cetusan Pendapat
  • Karangan
  • Rumusan/Pemahaman
  • Meringkaskan karangan

 

12 – 13

Fokus 1
  • Karangan
  • Rumusan/Pemahaman
  • Meringkaskan karangan

 

14 – 15

Fokus 2
  • Karangan
  • Rumusan/pemahaman
  • Meringkaskan karangan

 

16

Fakta dan Graf
  • Dimanfaatkan dalam penulisan karangan
  • Penulisan karangan Bahagian A (SPM)

 

17

Tokoh Remaja
  • Wawancara
  • Berita

 

18

Tanya Doktor Anda
  • Ceramah
  • Wawancara
  • Rencana

 

19

Islam dan Anda
  • Rumusan/Pemahaman
  • Ringkasan

 

20 – 21

Cintai Bahasa Kita
  • Tatabahasa

 

22 – 23

46 – 48

Cerpen daripada Siswa

Cerpen untuk Siswa

  • Menukarkan cerpen kepada komik/skrip drama
  • Mengesan frasa dan ayat yang indah
  • Karangan KOMSAS

 

25

Ulasan Cerpen
  • Karangan jenis ulasan

 

26- 27

Misteri dalam Sains
  • Pemahaman
  • Membina teka silang kata

 

28 – 29

Puisi Siswa
  • Melagukan puisi
  • Pemahaman
  • Melukis grafik
  • Ulasan

 

30

Ulasan Puisi
  • Ulasan Puisi

 

 

32 – 33

Tanah Airku
  • Laporan
  • Surat tidak rasmi
  • Rencana
  • Pantun/syair

 

 

34 – 35

Zaman Remajaku
  • Wawancara
  • Ceramah
  • Surat tidak rasmi
  • Pengalaman

 

36 – 37

Teknologi Bahan
  • Pemahaman
  • Berita/Rencana
  • Membina teka silang kata

 

38 – 39

Ulasan Buku
  • Ulasan buku
  • Karangan KOMSAS

 

40

Ensiklopedia
  • Ringkasan
  • Pemahaman
  • Pantun

 

42 – 43

Antarabangsa
  • Wawancara
  • Ceramah
  • Pengalaman
  • Rencana

 

44 – 45

57 – 59

Sekitar Siswa

Diari Siswa

 

  • Berita

 

49

50

Tip Belajar

Bimbingan Remaja

  • Wawancara
  • Ceramah
  • Rencana
  • Surat tidak rasmi

 

60 – 61

Menuju Cita-cita
  • Pengalaman
  • Wawancara
  • Rencana
  • Surat tidak rasmi

 

62 – 63

Teka Silang Kata
  • Memanfaatkan Kamus Dewan

 

 

 

                  

 

 

 

 

 

 

 

DS FEB – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

KUIZ DEWAN SISWA

 

Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

 

 

Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah ialah pertandingan bahas, berbalas pantun, pidato/syarahan, forum, menulis esei, puisi, dan lain-lain. Kebanyakan aktiviti ini hanya melibatkan segelintir pelajar sahaja, manakala yang lain hanya menjadi penonton.

          Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu sewajarnya mengadakan Kuiz Dewan Siswa pada setiap bulan. Setiap pelajar digalakkan untuk menyertai kuiz ini bagi memestikan mereka membaca dengan teliti majalah kesayangan mereka ini.

          Pelajar yang berminat untuk menyertai kuiz ini mestilah membeli soalan yang disediakan oleh pihak persatuan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat wajar diberikan hadiah.

          Berikut dikemukakan contoh soalan Kuiz Dewan Siswa berpandukan majalah Dewan Siswa bulan Jun 2007.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Persatuan Bahasa Malaysia

SMK Dato` Sulaiman

83500 Parit Sulong,

Batu Pahat, Johor.

 

KUIZ DEWAN SISWA, JUN 2007

 

Nama : ________________________________________       Tingkatan : ________

 

Arahan :

  • Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
  • Hantar borang jawapan kepada Setiausaha, persatuan Bahasa Malaysia sebelum 7 Julai 2007.

 

  1. Sejenis makanan segera orang Turki : ______________________

 

  1. Maksud peribahasa “Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahan dengan telunjuk”.

 

          ________________________________________________________________

 

          ________________________________________________________________

         

         

 

  1. Perlembagaan Persekutuan perkara 32(1) telah meletakkan Yang Di-Pertuan

 

           Agong sebagai _________________________________________________

 

  1. Pencipta telefon: _______________________________________________

 

  1. Negara pengimport baja Highlowtec?

 

  1. ______________________________________________________

 

  1. ______________________________________________________

 

  1. ______________________________________________________

 

  1. Jumlah pengguna Internet di dunia?

                  

                   __________________________________________________________

 

  1. Isitlah perubatan bagi masalah perpeluhan yang berlebihan:

 

                   __________________________________________________________

 

  1. Bahasa rojak menurut pandangan Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim.

 

                   __________________________________________________________

 

                   __________________________________________________________

 

  1. Nenek dalam bahasa Itali: _______________________________________

 

  1. Epifora dalam puisi bermaksud: ___________________________________

 

  1. Kepah, lokan dan ___________________ adalah makanan laut kegemaran penduduk pantai Bisikan Bayu.

 

  1. Tugas utama Pengurus Loji air.

 

              __________________________________________________________

 

              __________________________________________________________

 

  1. Dentuman sonik berlaku apabila __________________________________

 

              __________________________________________________________

 

  1. Nama sebenar Komander Robot: _________________________________

 

  1. Bekam adalah cara pengubatan tradisional untuk _____________________

 

              __________________________________________________________

 

  1. Perbezaan ketara antara kapas Bacillius thuringiensis dengan kapas doshi

 

                   __________________________________________________________

 

                   __________________________________________________________

 

  1. Penulis novel Amigo Possa

 

                   __________________________________________________________

 

  1. One way to learn the correct spelling and the correct way of saying words is

 

           to refer to: ____________________________________________________.

 

  1. Lima sebab remaja merokok

 

  1. _______________________________________________________

 

  1. _______________________________________________________

 

  1. _______________________________________________________

 

  1. _______________________________________________________

 

  1. _______________________________________________________

 

  1. Jelaskan teknik SQ3R yang diperkenalkan oleh Robinson.

 

                   ________________________________________________________________

 

          ________________________________________________________________

         

          ________________________________________________________________

 

          ________________________________________________________________

 

          ________________________________________________________________

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS MAC – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

PEMBELAJARAN  AKSES KENDIRI (PAK)

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merujuk kepada cara pembelajaran kendiri murid dan guru berperanan sebagai fasilitator. Terdapat pelbagai jenis murid dengan keperluan yang berbeza-beza. Gaya dan kadar pembelajaran seseorang murid mungkin berbeza dengan murid yang lain. Oleh itu, kita sebagai guru harus mengambil kira minat dan keperluan seseorang murid semasa kita melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sehubungan dengan itu, PAK adalah antara cara yang boleh dilaksanakan untuk murid belajar mengikut keperluan masing-masing.

          PAK adalah antara program yang membantu melengkapi pembelajaran di bilik darjah. Program ini menyediakan pelbagai bahan dalam empat aras iaitu aras pemulihan, mudah, sederhana dan cemerlang.

          Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang terdapat di dalam majalah Dewan Siswa sesuai dimanfaatkan untuk PAK sama ada digunakan di rumah atau di sekolah.

          Berikut dikemukakan contoh bahan dalam majalah Dewan Siswa yang dapat membantu guru menyediakan latihan PAK untuk empat aras.

 

 

          Media           : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        : Cetusan Pendapat

          Tajuk           : Belia Pasak Negara

          Halaman       : 10 hingga 11

 

Aras Pencapaian Murid

Aktiviti yang dicadangkan

 

 

Pemulihan

 

Murid menyalin petikan “Belia Pasak Negara”.

 

 

Mudah

 

Murid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan pemahaman.

 

 

Sederhana

 

(a)  Murid menulis ringkasan petikan yang dibaca

 

Atau

 

(b)  Murid membuat rumusan daripada petikan yang dibaca.

 

 

Cemerlang

 

(a)  Murid mencadangkan penyelesaian terbaik daripada masalah yang dikemukakan oleh penulis di dalam petikan.

 

(b)  Murid menulis karangan jenis pendapat berpandukan isi yang diperoleh daripada aktiviti (2).

 

 

                                                          

 

          Media           : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        : Bimbingan Penulisan

          Tajuk           : Cetak Rompak

          Halaman       : 40

 

 

 

Aras Pencapaian Murid

Aktiviti yang dicadangkan

 

 

Pemulihan

 

 

Murid membaca dan menyalin semula rangka karangan yang disediakan.

 

Mudah

 

Murid mengembangkan perenggan dan pendahuluan penutup karangan kepada 50 hingga 55 perkataan.

 

Sederhana

 

Murid menulis tiga perenggan lengkap isi karangan.

 

Cemerlang

 

Murid menulis karangan lengkap berpandukan rangka karangan yang diberi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS APRIL – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

KAJIAN MASA DEPAN (KMD)

 

Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. KMD akan membantu generasi sekarang menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta dapat menerima dan dapat menangani perubahan.

          Oleh itu, dalam mengajarkan Bahasa Malaysia, kita sebagai guru perlu mengaplikasikan sebaik mungkin KMD dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu kerana masa depan merupakan satu keadaan yang dinamik dan sentiasa berlaku perubahan. Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Tambahan lagi, manusia terikat dengan bilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak yang berbeza-beza.

          KMD merupakan strategi khusus yang saintifik untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

          Bagi memudahkan kita mencari bahan yang sesuai untuk merangsang pemikiran pelajar kita agar terus berfikir, ke aras menyusun pemikiran yang logik, mengkonsepsikan kehidupan, mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang serta strategi membuat keputusan yang bakal diambil, majalah Dewan Siswa telah menyediakan beberapa ruang yang sesuai untuk pelajar terus berfikir sesuai dengan konsep KMD.

          Antara ruang yang tersebut ialah:

  • Menuju Cita-cita
  • Cetusan Pendapat
  • Fokus
  • Islam dan Anda
  • Misteri dalam Sains
  • Zaman Remajaku
  • Teknologi Baharu
  • Tanya Doktor Anda

Berdasarkan bahan rangsangan seperti dalam ruangan di atas, pelajar haruslah digerakkan dengan berasaskan konsep “Guru Kreatif, Pelajar Aktif” agar mereka dapat:

  1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
  2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
  3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
  4. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
  5. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan.

 

Contoh:

          Media           :        Majalah Dewan Siswa, Januari 2008

          Ruangan        :        Teknologi Baharu

          Tajuk           :        Saintis Beras

          Halaman       :        44 – 45

 

Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Saintis Beras” berpandukan rajah di bawah:

BERAS

Dahulu

Sekarang

Akan datang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

Contoh:

          Media           :        Majalah Dewan Siswa

          Ruangan        :        Fokus 2

          Tajuk           :        Remaja Semakin Hilang Harga Diri?

          Halaman       :        14 – 15

 

Di dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Remaja Semakin Hilang Harga Diri?”  berpandukan rajah di bawah :

REMAJA

Dahulu

Sekarang

Akan datang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

DS MEI- MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

 

“LIMA MINIT SEHARI BERSAMA DEWAN SISWA

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN

 

 

KITA perlu mengakui bahawa membaca, asas utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia (BM) atau apa-apa bahasa sekalipun. Hal ini demikian kerana setiap kali berlakunya proses membaca, maka akan berlakulah pula aktiviti berfikir, menulis, menganalisis, mengkritik dan membuat kesimpulan.

Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran di atas, kita perlu memastikan setiap orang pelajar membaca pada setiap hari. Sehubungan dengan itu, aktiviti membaca wajar dijalankan selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum kita memulakan proses P&P BM.

Antara bahan bacaan yang sesuai dengan selera dan kehendak pelajar sekolah menengah ialah majalah Dewan Siswa. Berdasarkan pengalaman, program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa” saya dapati pelajar begitu seronok kerana pada setiap hari, mereka akan menemukan pelbagai bentuk bahan bacaan seperti rencana, karya kreatif, permainan bahasa dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sebelum kita melaksanakan program ini, para pelajar harus didedahkan dengan teknik membaca yang betul agar hala tuju dan objektif program tersebut tercapai.

Terdapat lima teknik membaca yang dapat diamalkan oleh pelajar, iaitu :

 

  1. Membaca terarah (mendapat gambaran ringkas tentang isi bahan yang dibaca).

 

  1. Membaca sepintas lalu (untuk mengetahui persoalan pokok bahan yang dibaca).

 

  1. Membaca dengan mencari (untuk mencari sesuatu perkataan, angka, fakta dan sebagainya).

 

  1. Membaca dan belajar (untuk mengetahui dan mengingati perkara penting sekali gus mendapat keterangan lanjut daripada bahan yang dibaca).

 

  1. Membaca secara kritis (untuk menilai bahan yang dibaca).

 

 

          Sehubungan dengan itu, terdapat banyak ruangan di dalam majalah Dewan Siswa yang sesuai dimanfaatkan untuk program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa”. Antaranya ialah :

 

  • Rakaman Pengembara
  • Surat Anda
  • Cetusan Pendapat
  • Tokoh Remaja
  • Tip Belajar
  • Islam dan Anda
  • Cintai Bahasa Kita
  • Misteri dalam Sains
  • Ulasan Buku
  • Ensiklopedia
  • Bimbingan Remaja
  • Teknologi Bahan
  • Tanah Airku
  • Sekitar Siswa
  • Tanya Doktor
  • Zaman Remajaku
  • Diari Siswa

 

 

     Kita juga harus yakin bahawa program membaca ini begitu penting kepada para pelajar dalam usaha mengasuh mereka membina keyakinan diri agar mereka membaca tanpa dipaksa dan seterusnya dapat menambah kepantasan membaca, memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa, menambah perbendaharaan kata, dan membantu mereka menghayati dan menikmati  keindahan dan kemurnian bahasa.

          Percayalah jika program ini dapat dijalankan secara berterusan, minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS JUN – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

MEMANFAATKAN DEWAN SISWA UNTUK PLBS/ULBS

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

Penaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) dicadangkan agar dilaksanakan untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran bertutur di dalam bilik darjah di samping memastikan penaksiran dijalankan secara berterusan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Penaksiran ini juga diharapkan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran bertutur yang selaras dengan matlamat Pendidikan Bahasa Malaysia sekolah menengah yang berhasrat untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

 

          Bagi mencapai matlamat di atas, empat objektif Penaksiran Lisan telah ditetapkan, iaitu:

 

  1. Kebolehan berbual untuk menjalin dan mengeratkan hubungan dengan menggunakan bahasa yang betul, tepat dan bertatasusila.

 

  1. Kebolehan berbincang dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.

 

  1. Kebolehan menyebarkan maklumat yang diperoleh dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.

 

  1. Kebolehan memberikan respons berdasarkan pelbagai bahan rangsangan.

 

          Untuk menilai pencapaian murid, pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan konstruksi penaksiran iaitu:

 

  1. Tatabahasa dan Kosa kata

Bahasa gramatis dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang tepat      dan betul mengikut konteks.

 

  1. Sebutan, Intonasi dan Nada

          Sebutan jelas dan tepat dengan intonasi dan nada yang betul sebagaimana

          penutur jati.

 

  1. Fasih dan Bermakna

          Keseluruhan pengucapan fasih, lancar dan bermakna (mengikut wacana)

 

  1. Bertatasusila

          Pengucapan beradab dan sesuai dengan situasi.

         

          Bagi membolehkan guru menaksir murid, contohnya, dalam PLBS, disarankan lapan aktiviti. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan murid membuat latihan, beberapa ruangan di dalam majalah Dewan Siswa didapati amat membantu guru dan murid untuk melancarkan penaksiran ini.

 

Contoh:

 

Aktiviti

Kandungan Majalah Dewan Siswa

(Januari 2008)

Berinteraksi untuk menjalinkan dan mempererat hubungan mesra
  • Tanya Doktor Anda
  • Teman Siswa
  • Bimbingan Remaja
  • Zaman Remajaku
  • Sekitar Siswa
  • Tip Belajar

 

Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
  • Surat Anda
  • Menuju Cita-cita
  • Cetusan Pendapat
  • Fokus
  • Islam dan Anda

 

Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
  • Cerpen daripada Siswa
  • Ulasan Cerpen
  • Teknologi untuk Siswa
  • Antarabangsa

 

Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
  • Buku
  • Ulasan Buku
  • Borang-borang Penyertaan
  • Teks Silang Kata

 

Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu
  • Rakan Pengembara
  • Menuju Cita-cita
  • Syarat Penyertaan
Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
  • Iklan buku
  • Tanya Doktor Anda
  • Bimbingan Penulisan
Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
  • Rakaman Pengembara
  • Fokus
  • Islam dan Anda
  • Tip Belajar
  • Misteri dalam Sains
  • Teknologi Baharu
Memahami dan memberikan respons
  • Menuju Cita-cita
  • Puisi Khas
  • Cintai Bahasa Kita
  • Ulasan Puisi
  • Ulasan Cerpen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS JULAI – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

DEWAN SISWA UNTUK MATA PELAJARAN LAIN

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Majalah Dewan Siswa (DS) yang bermotokan “Wadah Pelajar Menengah dan Remaja” ini bukanlah semata-mata dikhaskan sebagai bahan tambahan dan bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) sahaja tetapi sebaliknya majalah ini juga sesuai untuk beberapa mata pelajaran lain.

     Sebagai contoh, cuba perhatikan kesesuaian ruangan-ruangan yang berikut yang termuat dalam Dewan Siswa, Mac 2008 dengan mata-mata pelajaran lain.

Bil.

Ruangan

Halaman

Kesesuaian untuk Mata Pelajaran

1.

Kulit Hadapan

Pendidikan Moral

Pendidikan Seni

2.

Rakaman Pengembara

2 – 3

Geografi

Sains

3.

Sekolahku Akarku

6 – 7

Sejarah

Pendidikan Moral

Sivik

4.

Siswa MPR

8

Kesusasteraan Melayu

5.

Cetusan Pendapat

10 – 11

Pengajian  Am

Bahasa Inggeris

6.

Fokus 1

12 – 13

Pengajian Am

Pendidikan Moral

Ekonomi

7.

Fokus 2

14 – 15

Pengajian Am

Pendidikan Moral

Ekonomi

8.

Fakta dan Graf

16

Pengajian Am

Ekonomi

9.

Tokoh Remaja

18

Pendidikan Islam

Sivik

10.

Islam dan Anda

19

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

11.

Cerpen daripada Siswa

22 – 23

Kesusasteraan Melayu

12.

Ulasan Cerpen

25

Kesusasteraan Melayu

13.

Misteri dalam Sains

26 – 27

Sains

Geografi

14.

Puisi Siswa

28 – 29

Kesusasteraan Melayu

15.

Ulasan Puisi

30

Kesusasteraan Melayu

16.

Bimbingan Remaja

32

Pendidikan Moral

Sivik

Pendidikan Islam

17.

Ulasan Buku

33

Kesusasteraan Melayu
18. Zaman Remajaku

34 – 35

Sejarah

Pendidikan Moral

Sivik

19. Teknologi Baharu

36 – 37

Sains

20.

Antarabangsa

38 – 39

Sejarah

Pengajian Am

21.

Bimbingan Penulisan

40

Pengajian Am

22.

Buku

41

Kesusasteraan Melayu

23.

Tip Belajar

42

Pendidikan Seni

Pendidikan Moral

Sivik

24.

Ensiklopedia

43

Pendidikan Jasmani

Sains

25.

Sekitar Siswa

44 – 45

Pendidikan Moral

26.

Cerpen untuk Siswa

46 – 48

Kesusasteraan Melayu

Pendidikan Moral

27.

A Story for You

49

Bahasa Inggeris

MUET

28.

Write and Speak

50 – 51

Bahasa Inggeris

MUET

29.

Tanah Airku

52 – 53

Sejarah

Geografi

Pendidikan Moral

Sivik

30.

Menuju Cita-cita

54 – 55

Pendidikan Moral

Sivik

31.

Diari Siswa

58 – 59

Pendidikan Moral

Sivik

32.

Tanya Doktor Anda

60

Sains

Pendidikan Jasmani

33.

Puisi Khas

65

Kesusasteraan Melayu

34.

Kulit Belakang

Pendidikan Seni

Perdagangan

Ekonomi

 

Berdasarkan kesesuaian ruangan-ruangan yang tersebut di atas dengan beberapa mata pelajaran dan disiplin yang lain, ternyata bahawa Dewan Siswa dapat dimanfaatkan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, segala-galanya bergantung pada kemampuan guru untuk mengolah bahan-bahan bermutu ini bagi kegunaan dan faedah pelajarnya.

Para pelajar pasti akan berasa gembira jika diajak membaca dan berbincang tentang  “Pengaliran Arus Elektrik Tanpa Wayar?” yang tersiar dalam Dewan Siswa , Mac 2008, halaman 36 -37.

Mungkin selama ini mereka hanya didedahkan kepada teori dan latihan di dalam bilik darjah/makmal berdasarkan buku teks atau buku kerja semata-mata tetapi mereka mungkin tidak mengerti mengapa mereka harus bersusah payah mempelajari sains.  Apakah faedahnya?  Yang lebih penting, apakah kesesuaian mata pelajaran tersebut dengan realiti kemajuan sains masa kini dan masa hadapan?

     Dengan membaca ruangan seumpama ini, para pelajar sebenarnya telah diajak melangkah jauh ke hadapan tentang perkembangan teknologi moden berbanding apa-apa yang ada di dalam buku teks semata-mata. Tentu sekali dengan membaca bahan tambahan seumpama ini, minat mereka terhadap pelajaran sains akan bertambah.

     Kesimpulannya, Dewan Siswa bukanlah majalah milik guru-guru Bahasa Malaysia sahaja tetapi majalah ini boleh dimanfaatkan oleh semua guru.

  

 

 

 

 

 

 

DS OGOS –  MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

PELAKSANAAN PROGRAM MDK PADA PERINGKAT SEKOLAH

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyatakan  bahawa tidak ada formula yang tidak cela.  Namun, agenda yang paling cela dan paling tidak berguna ialah agenda yang begitu sempurna tetapi tidak dilaksanakan (Malaysia Melangkah ke Hadapan: 1991:29).

Begitu jugalah dengan pelbagai program yang ingin kita laksanakan di sekolah, jika tidak dirancang dengan baik dan sempurna, tanpa kerjasama dan galakan sudah pasti program yang baik tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar pihak pentadbir di sekolah menyusun strategi yang sempurna, terancang dan sistematik bagi mendapatkan hasil yang diharapkan tanpa terlalu banyak membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga.

Dalam melaksanakan program Majalah dalam Kelas (MDK), komponen penggerak sesebuah sekolah, iaitu pihak pentadbir, Panitia Bahasa Malaysia (BM), dan guru BM mestilah jalan seiring dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sesempurna yang mungkin.

Seperti yang dinyatakan di atas, bagi melaksanakan sesuatu program di sekolah (Dalam konteks ini program MDK), tiga pihak harus dapat melaksanakan tugas mereka, iaitu:

  1. Pihak pentadbir
  2. Panitia BM
  3. Guru BM

 

  1. Pihak Pentadbir

Sebagai Pentadbir, Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, dan Ketua Bidang Bahasa memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah panitia dan organisasinya.  Dalam hal ini, pihak pentadbir mestilah memberikan “lampu hijau” dan sokongan bagi membolehkan program MDK ini dilaksanakan di sekolahnya.

Sebelum itu, pihak pentadbir harus meneliti terlebih dahulu sama ada program ini sesuai atau sebaliknya, jika dilaksanakan pada peringkat sekolah.  Dalam hal ini, pentadbir haruslah mendapatkan maklumat yang terperinci daripada Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru yang telah menghadiri kursus dan bengkel MDK.

Sekiranya pihak pentadbir telah berpuas  hati akan kelebihan dan kemanfaatan program ini, maka, perbincangan lanjut hendaklah dilakukan dengan Pengerusi Panitia BM, dan memberi kepercayaan penuh kepada Panitia BM untuk merancang dan melaksanakan program ini di sekolah.

Setelah program ini berjalan, pihak pentadbir harus menjalankan penyeliaan, perbincangan dan  penilaian bagi memperbaiki lagi program ini sekiranya  berlaku sebarang kekurangan.

 

  1. Panitia BM

Panitia BM ialah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran BM di sesebuah sekolah.  Antara peranan penting Panitia BM termasuklah:

  1. Menitikberatkan bidang profesional, termasuk usaha membantu pengetua dalam menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Bertanggungjawab menyediakan garis panduan serta menyelaraskan perancangan pengajaran BM di semua peringkat sekolah.

  1. Panitia harus membantu guru-guru dalam menyediakan dan  memilih bahan-bahan Alat Pandang Dengar dan Alat Bantu Mengajar dengan mengadakan bengkel dalam kalangan guru-guru BM dan memastikannya digunakan dengan berkesan.

 

 

 

Strategi Pelaksanaan

Panitia BM mestilah mengadakan kursus dan bengkel dalaman untuk guru BM tentang program MDK. Setelah menghadiri kursus dalaman, diharapkan guru BM telah mendapat gambaran yang jelas tentang bagaimana program MDK ini dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah.

     Walau bagaimanapun, sekiranya guru BM masih menghadapi masalah,   guru-guru berkenaan bolehlah merujuk kepada Pengerusi Panitia BM atau   guru-guru yang telah berjaya melaksanakan program ini.

     Selain itu, Panitia BM juga berperanan untuk mengatur dan menyusun strategi pembelian dan pengedaran majalah kepada para pelajar.

 

Guru BM

Penentu kejayaan sesuatu program seumpama ini sebenarnya banyak bergantung pada guru BM. Guru BM yang kreatif dan inovatif seharusnya dapat meyakinkan para pelajar dari segi pengajaran dan cara memanfaatkan sesuatu bahan.

Guru BM yang menjadi pakar rujuk kepada para pelajar mestilah telah melengkapkan diri dengan pelbagai teknik, kaedah, dan ilmu bahasa itu sendiri.

Selain itu, guru BM mestilah berani mencuba sesuatu yang baharu dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan tidak hanya terikat kepada sesuatu kaedah dan teknik sahaja. Tanpa mempelbagaikan teknik dan kaedah serta bahan, sudah pasti pelajar dan guru itu sendiri akan berasa bosan.

          Di samping itu, tanggungjawab untuk menggalakkan para pelajar memiliki majalah dan bahan-bahan bacaan bermutu juga terletak pada bahu guru BM.  Hal ini demikian kerana jika guru BM berhadapan dengan para pelajar yang tidak atau kurang membaca, sudah pasti penguasaan BM mereka tidak memuaskan dan rendah mutunya. Sebaliknya, jika para pelajar terdedah kepada           bahan-bahan bacaan yang baik, sudah pasti kecekapan berbahasa mereka lebih mantap.

     Para pelajar bolehlah dianggap sebagai “penerima”.  Mereka mesti diberikan sesuatu yang baik dan meyakinkan mereka. Guru BM yang dapat menyampaikan pengajaran dan ilmu yang berkualiti sudah pasti akan dihormati oleh para pelajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS SEPT – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

 

MAJALAH DEWAN SISWA DAN KERJA  MASA CUTI

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

Apabila tiba musim cuti persekolahan, para pelajar seharusnya dibekalkan dengan kerja rumah sebagai satu cara untuk memastikan mereka terus berdampingan dengan pelajaran.

Di samping itu, kerja rumah juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkara yang telah dipelajari di sekolah.

Dengan adanya majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat dan sebagainya, maka, dirasakan agak mudah untuk membekalkan para pelajar dengan kerja rumah yang lebih sistematik, terancang, bermutu, dan yang lebih penting, menyeronokkan para pelajar.

Yang berikut ialah contoh satu program kerja masa cuti dengan menggunakan Dewan Siswa sebagai bahan utama untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Program       :     Kerja Masa Cuti

                           Semester Pertama 2008

Media           :     Dewan Siswa,

                           Mac, 2008

Tingkatan        :  5

 

Bil.

Tugasan

Soalan

Rujukan

1.

Menulis sinopsis cerpen Tulis sinopsis cerpen “Gendala Cinta Arkad”. Ruangan: Cerpen daripada Siswa

Tajuk: Gendala Cinta Arkad

Halaman: 22 -23

 

2.

Menulis rumusan karangan Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang        sebab-sebab berlakunya pencemaran air dan      cara-cara mengatasinya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Ruangan: Cetusan Pendapat

Tajuk: Pencemaran Air

Halaman: 11

3.

Menulis karangan jenis rencana Sahabat pena anda dari  luar negara ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah diadakan baru-baru ini. Balas surat  sahabat pena anda dengan menyatakan pengisian dan kelebihan pesta buku tersebut. Ruangan:  Pesta Buku

Tajuk:  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Halaman: 56 – 57

 

Program       :     Kerja Masa Cuti

                           Semester Pertama 2008

Media            :     Dewan Siswa,

                            Mac 2008

Tingkatan       :     3

 

 

Bil.

Tugasan

Soalan

Rujukan

1.

Sistem Bahasa Kenal pasti kata nama, kata ganti, kata bilangan, kata sendi dan kata adjektif yang terdapat di dalam petikan. Ruangan:  Fokus 1 dan Fokus 2

Tajuk:  Remaja Hari Ini Boros

Tajuk:  Pembaziran Akibat Perubahan

Halaman: 12 – 15

2.

Meringkaskan karangan Baca petikan dengan teliti.  Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang kepentingan mencintai alam sekitar. Ruangan:  Cetusan Pendapat.

Tajuk: Sayangi Alam Sekitar

Halaman: 10

3.

Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan. Lihat iklan pada halaman 61 dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan merujuk kamus . Ruangan: Iklan

Tajuk: Koleksi Kamus

Halaman: 61

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DS OKT – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

                                                                                                    

MDK MEMBANTU PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti  amali (hands-on) dan aktiviti minda minds-on.

Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. 

Oleh itu, teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Sebelum kita mengaitkan penggunaan majalah dengan pembelajaran kontekstual, ada lebih baik jika kita mengetahui tentang proses pembelajaran.  Proses pembelajaran sebenarnya merangkumi perkara-perkara yang berikut:

  • Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti amali (hands-on) dan peluang untuk penemuan kendiri.
  • Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.
  • Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.
  • Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

Sesungguhnya, dengan melaksanakan Pembelajaran Kontekstual, murid  akan mendapat faedah seperti yang berikut:

  • Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan.
  • Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.
  • Boleh memindahkan  kemahiran.
  • Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.
  • Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
  • Dapat belajar secara kerjasama.

Di sini, cuba kita perhatian bahawa kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan melalui teknik Majalah dalam Kelas (MDK) selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.

 

PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DAN MDK DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL

Perkara

Pembelajaran Secara Kontekstual/MDK

Pembelajaran Secara Tradisional

Objektif Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Memindahkan maklumat.
Peranan Guru Pembimbing dan mentor. Penyampai maklumat.
Peranan Murid Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian. Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan.
Isi Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai. Disesuaikan untuk kecerdasan bahasa dan logik matematik sahaja.
Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi Syarahan dan soal jawab.
Penilaian Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah. Menguji fakta ujian (kertas dan pensel).
Kesimpulan

 

Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat. Objektif pembelajaran lambat dicapai.

 

 

Di sini cuba kita ambil beberapa contoh kaedah pembelajaran MDK yang mana kebanyakannya  selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.

Contoh:

Bil.

Aktiviti MDK

Pembelajaran Secara Kontekstual

1.

2.

3.

 

4.

 

5.

Melukis komik daripada cerpen

Watak dan perwatakan.

Menukarkan rencana kepada pantun, syair dan lirik lagu.

Menukarkan puisi kepada grafik.

Menukarkan grafik/gambar kepada puisi, pantun, dan syair

  • Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat
  • Disesuaikan dengan kecerdasan pelbagai.
  • Inkuiri, penemuan dan aplikasi
  • Guru sebagai pembimbing dan mentor.

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

Bonus Dewan Siswa – November 2008

MAJALAH DALAM KELAS (MDK)

 

MDK MEMANFAATKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai hubung kait yang rapat  dengan bidang pendidikan. Pakar pendidikan mengakui bahawa setiap orang murid memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan antara seorang murid dengan murid yang lain.

Sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis TKP yang dikenal pasti setakat ini, antaranya ialah:

  1. 1.      Kecerdasan Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Terangkum juga kebolehan seseorang mengingati maklumat, meyakini orang lain serta kefasihannya bercakap bahasanya sendiri.

  1. 2.      Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.

  1. 3.      Kecerdasan Visual-Ruang

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

  1. 4.      Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

  1. 5.      Kecerdasan Muzik

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dana tempo dalam melodi yang mudah.

  1. 6.      Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.  Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.

  1. 7.      Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran membanding beza antara satu sama lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

  1. 8.      Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang, termasuk rumput dan batu-batan, serta pelbagai flora dan fauna. Di samping itu, kecerdasan ini meliputi juga kebolehan untuk mengenali  artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

 

Bagi merealisasikan TKP dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, pendekatan “guru kreatif pelajar aktif” yang menjadi pegangan program Majalah dalam Kelas (MDK) amat selari dengan teori ini yang antara lain berhasrat untuk:

  • Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
  • Mempelbagaikan cara penilaian.
  • Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
  • Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap orang murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan.
  • Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.
  • Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Yang berikut dikemukakan beberapa contoh yang membuktikan keserasian antara aktiviti dalam program MDK dan TKP yang berupaya memperkembangkan potensi dan kecerdasan murid dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.

Bil.

Kecerdasan Pelbagai

Aktiviti Program MDK

1.

Kecerdasan Verbal-Linguistik
  1. Ayat dan frasa yang indah
  2. Pemahaman: Bukan sekadar menjawab soalan

2.

Kecerdasan Logik-Matematik
  1. Menjawab teka silang kata
  2. Membina teka silang kata

3.

Kecerdasan Visual-Ruang a. Menterjemahkan puisi kepada bentuk grafik/lukisan

4.

Kecerdasan Kinestetik
  1. Berlakon/drama
  2. Menyanyi
  3. Mendeklamasikan  puisi

5.

Kecerdasan Muzik
  1. Melagukan sajak
  2. Mencipta lirik lagu

6.

Kecerdasan Interpersonal
  1.  Meramalkan watak dan perwatakan
  2. Meramalkan kesudahan komik

7.

Kecerdasan Intrapersonal        a.   Meneruskan cerpen

8.

Kecerdasan Naturalis
  1. Menukarkan rencana kepada pantun, syair, sajak dan lirik lagu.

 

 

Bonus Dewan Siswa – Disember 2008

 

MEMANFAATKAN MAJALAH DEWAN SISWA

DALAM KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

 

Oleh  AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN

 

 

 

 

Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian, iaitu Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) dan kertas 1225/2 (Kertas Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif, iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai ini memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini berlaku melalui dua elemen, iaitu:

 

 Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,

                                membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Elemen Iltizam    : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan

                               kebertanggungjawab calon dalam melaksanakan aktiviti

                               Tugasan Harian dan Kerja Amal

 

 

 

          Berdasarkan pengalaman, saya dapati majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk pentaksiran Elemen Iltizam khasnya dari segi Tugasan Harian. Dalam tugasan ini, murid-murid dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sember, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

          Dalam Tugasan hari ini, murid-murid dikehendaki menulis beberapa buah rencana yang panjangnya sekitar 250 perkataan. Antara tajuk atau tema yang disarankan untuk murid-murid menulis rencana tersebut ialah:

 

Bidang Pembelajaran 1 : Perkembangan Diri (prinsip-prinsip Rukun Negara,

usaha membanteras rasuah, amalan hidup sihat, pentingnya remaja merancang masa depan, tokoh yang boleh diteladani, semangat kejiranan, rekod kecemerlangan individu, SUHAKAM, Dasar Sosial Negara dan kesan senjata nuklear).

Bidang Pembelajaran 2 : Sambutan Hari Ibu dan Bapa, keluarga yang bahagia,

                                       mengekalkan tradisi keluarga, Rumahku Syurgaku.

Bidang Pembelajaran 3 : Kesan pembalakan haram, kitar semula, Penilaian

                                      Impak Alam Sekitar (EIA) dan mengekalkan air yang

                                       bersih

Bidang Pembelajaran 4 : Barangan buatan Malaysia, bunga kebangsaan dan

                                       aktiviti mencabar yang dilakukan oleh rakyat Malaysia

Bidang Pembelajaran 5 : Hari Kanak-kanak, peranan wanita, Hari Pekerja,

                                       Orang Kurang Upaya (OKU) dan Triunal Tuntutan

                                       Pengguna

Bidang Pembelajaran 6 : Peranan undang-undang Antarabangsa, kebebasan

                                       akhbar di Malaysia, perayaan keagamaan di Malaysia

                                        dan sikap keterbukaan asas penyelesaian konflik

Bidang Pembelajaran 7 : Peranan pertubuhan antarabangsa meningkatkan

                                       persefahaman gloal, Wawasan 2020 dan

                                       perhubungan Malaysia dengan negara serantau

          Berdasarkan Bidang Pembelajaran di atas, jelaslah bahawa banyak ruangan di dalam majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan bahan rujukan semasa menulis rencana yang ditetapkan.

          Sebagai contoh, cuba perhatikan rencana-rencana yang disiarkan di dalam majalah Dewan Siswa bulan April 2008 yang difikirkan dapat membantu     murid-murid dalam menulis rencana untuk kerja kursus mereka:

         

 

 

 

 

Bil.

Tajuk

Halaman

1.

Sekolahku Akarku

6-7

2.

Cetusan Pendapat (Kegiatan Kokurikulum, Pencemaran Alam, Kes Buli)

10-11

3.

Fokus 1 (Sukan Lasak)

12-13

4.

Fokus 2 (Ke Arah Cara Hidup Sihat)

14-15

5.

Tanya Doktor Anda

18

6.

Misteri Dalam Sains (Mengapa Air Laut Masin?)

26-27

 7. Bimbingan Remaja (Remaja dan Pertanian)

32

8.

Antarabangsa (Sierra Leone)

34-35

9.

Teknologi Baharu (Teknologi dalam Sekuntum Bunga)

36-37

10.

Tanah Airku

38-39

11.

Bimbingan Penulisan (Ahli Sukan Berwibawa)

40

12.

Tip Belajar (Mencari Sahabat Ulang Kaji)

42

13.

Sekitar Siswa

50-51

14.

Zaman Remajaku

52-53

15.

Menuju Cita-cita (Jurulatih Atlet)

54-55

16.

Pilihan Raya (Memahami Proses Pilihan Raya di Malaysia)

60

 

          Adalah jelas, sekiranya murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral membaca majalah Dewan Siswa pada setiap bulan, nescaya urusan mereka untuk menyiapkan kerja kursus dan tugasan harian ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan bermaklumat.

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen